Wednesday, November 5, 2008

ARSENAL vs Fenerbahce

Justify FullMalam ini adakah sekali lagi berlaku keputusan mengejutkan? Perlawanan menentang Fenerbahce menyaksikan pasukan Arsenal kekurangan pemain berpengalaman kerana ramai yang masih mengalami kecederaan. Sukar untuk mereka diturunkan sebagai first eleven malam ini.

Kecederaan Theo Walcott(bahu) dan Emanuel Adebayor (ankle) sudah semestinya tidak disenaraikan setelah menerima kecederaan ketika tewas kepada Stoke City minggu lalu.

William Gallas pula masih belum pulih untuk kecederaan hamstring manakala Emmanuel Eboue juga sangsi untuk diturunkan.

Mungkin malam ini akan menyaksikan muka muda dipertaruhkan seperti Aaron Ramsey, Johan Djourou, Carlos Vela dan Jack Wilshere.

Semoga malam ini, Arsenal mencatat kemenangan bermaruah sekaligus mengembalikan moral pemain untuk perlawanan seterusnya menentang seteru Manchester United.

ARSENAL kalah lagi

Sabtu lepas, pasukan Arsenal sekali lagi menerima kekalahan di tangan pasukan kerdil, Stoke City. Kekalahan kali ini adalah paling memalukan kerana kedua-dua gol lawan dicetuskan daripada lontaran bola daripada Rory Delap. Ternyata throw ini yang dilakukan memang membahayakan kedudukan lawan (seperti membuat sepakan@crossing).


Lebih mengecewakan, Van Persie dilayangkan kad merah. Walcott pula mengalami kecederaan..

Gol Gael Clichy minit akhir bagaimanapun hanya saguhati sudah tidak membawa apa2 erti.

Arsenal tewas 1-2.

Thursday, October 30, 2008

ARSENAL 4-4 SPURS

Ah..mengecewakan sekali. Itulah ungkapan para peminat Arsenal pada malam tadi. Apa tidaknya, dengan kedudukan yang amat selesa pada minit ke-90, akhirnya pasukan harapanku hanya mampu mengutip 1 mata pada tamatnya perlawanan. Pedih untuk ditelan. Kegumbiraan ku bertukar menjadi kesedihan mengenangkan 3 mata terlepas begitu sahaja. Kecewanya mengalahkan ketika Arsenal tewas di tangan Hull City beberapa minggu lepas.


Walaupun menampilkan permainan yang menarik pada awal saingan, namun ia menjadi tampak sia-sia apabila gawang dibolosi dengan empat gol oleh Bentley, Bent, Jenas dan Lennon. Pada minit ke-90, Arsenal sudah pun mendahului dengan jaringan 4-2 di mana Silvestre, Gallas, Adebayor dan Van Persie mencatat nama sebagai scorer. Dua gol lawan pada masa kecederaan ternyata sukar untuk diterima hakikatnya. Dengan lirikan senyuman Song yang masuk pada minit akhir seolah-olah memberi makna tiga mata sudah dalam genggaman. Tetapi, senyuman itu tidak membawa apa-apa erti.

Yang pasti, peminat Gunners berasa amat kecewa pada malam tadi.

Peminat Arsenal

Selamat Datang dan salam sejahtera ke gelanggang penyokong fanatik Arsenal. Sebagai pengenalan, diriku adalah peminat setia kepada pasukan Arsenal semenjak di bangku sekolah lagi.


Pada masa itu, pasukan Arsenal dibarisi oleh ramai pemain yang hebat dan mempunyai kelebihan tersendiri seperti Dennis Bergkamp, Patrik Viera, Emmanuel Petit, Marc Overmars, Tony Adams, Davor Suker dan Robert Pires. Apa yang menjadi tarikan kepada para peminat pasukan ini ialah gaya permainan yang diilhamkan oleh Arsene Wenger, pengurus kelahiran Perancis yang menarik disertai semangat berpasukan setiap pemain. Pernah suatu ketika, seorang tetamu kelahiran Manchester yang berkunjung ke kawasan ku atas tugasannya mengatakan dia adalah peminat Arsenal. Bukan Manchester United sebagaimana disangkakan.

Menariknya, setiap musim Wenger akan melahirkan generasi baru iaitu daripada seorang pemain biasa menjadi pemain luar biasa. Contohnya Nicholas Anelka, Thiery Henry, Kolo Toure, Cesc Fabregas, Robie Van Persie dan Theo Walcott. Kini, pemain-pemain ini sudah menjadi bintang dan mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.


Semenjak tiga musim kebelakangan ini, pasukan Arsenal telah dibarisi ramai muka muda untuk diserapkan sebagai kesebelasan utama dalam setiap perlawanan. Pendedahan ini walau bagaimanapun telah memberikan impak dalam pasukan Arsenal kerana kekurangan pengalaman mereka menyebabkan sehingga kini pasukan Arsenal masih belum dapat menikmati sebarang kejuaraan. Namun begitu, pasukan Arsenal masih menjadi ancaman kepada lawan kerana dengan pemain muda sebegini, pemain menawarkan permainan yang pantas dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam menghadapi musuh. Dengan ini, rata-rata sudah semakin ramai yang mula tertarik untuk menyokong pasukan Arsenal.

Beri sedikit ruang, apa yang pasti Arsene Wenger mempunyai kredibiliti untuk membimbing pasukan menikmati kejuaraan dalam beberapa tempoh terdekat.